Monday, January 11, 2010

Teratak Za'ba

teratak_zaba.jpg
SEJARAH PENUBUHAN
Hasrat untuk menubuhkan memorial khas untuk Pendeta Za'ba telah lama berada dalam pemikiran Pengerusi Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS), Dato' Seri Utama Tan Sri A. Samad Idris. Bagaimanapun dalam kesibukan waktu, idea itu tertinggal begitu sahaja tetapi dibangkitkan semula pada tahun 1995 sempena satu abad kelahiran Za'ba. Hasrat murni itu disampaikan kepada Y.A.B. Menteri Besar, Dato' Seri Utama Tan Sri Haji Mohd. Isa bin Dato' Haji Abdul Samad dan 'gayung dihulur' disambut baik oleh pucuk pimpinan negeri yang cukup dikenali kerana keprihatinannya terhadap sumbangan tokoh berjasa.
Selain penglibatan langsung Dato' Haji Lillah Haji Yassin (Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan), Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri; usaha ini turut mendapat sokongan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Maktab Melayu Kuala Kangsar, Dewan Bahasa dan Pustaka, Arkib Negara Malaysia, Jabatan Muzium dan Antikuiti serta Jabatan Kerja Raya yang dipertanggungjawabkan mengurus pembinaan bangunan yang diberi nama Teratak Za'ba ini.
Akhirnya Teratak Za'ba telah berjaya disiapkan dan telah dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato' Seri Utama Tan Sri Hj. Mohd Isa bin Dato' Hj. Abdul Samad pada 5 Februari 2001. Bermula pada tarikh itu Teratak Za'ba telah dibuka kepada orang ramai sebagai salah satu produk dan kawasan pelancongan yang berunsurkan pendidikan di Negeri Sembilan. Bahan utama bangunan ini diperbuat daripada Kayu Cengkal (penak) dan reka bentuknya masih bercirikan Rumah Tradisional Negeri Sembilan. Antara ciri-ciri pertukangan melayu di bangunan ini ialah Tupai-tupai, Tabir Layar, Kisi-kisi, Anjung Serambi, pelantar dan penyambungannya menggunakan tanggam dan pasak.
ALAMAT:-
Teratak Za'ba
Kg. Bukit Kerdas
Batu Kikir, Jempol
Tel/Fax : 06-498 5193
 

lawatan.jpg
 
 
(Sumber diperolehi daripada
 www.ns.gov.my/jabatan/muzium)

No comments:

Post a Comment