Monday, January 11, 2010

Hutan Lipur Ulu Bendul

Hutan lipur ini terletak di KM 20 jalan Seremban - Kuala Pilah di dalam Hutan Simpan Angsi. Ia mengambil masa kira-kira 20 minit dari bandar Seremban. Terdapat Gunung Angsi setinggi lebih kurang 825 meter dari aras laut dan ia boleh didaki dengan menyusuri Sungai Batang Terachi. Landskap semulajadi di sini menjadikannya unik untuk mandi-manda dan sesuai bagi aktiviti lasak, berkelah, berkhemah dan bersiar-siar.







Negeri Sembilan



Negeri Sembilan Darul Khusus adalah sebuah negeri yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia. Kedudukan Negeri Sembilan dalam persekutuan Malaysia yang terdiri daripada 14 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan) adalah seperti berikut:
  • Keluasan: kelima terkecil di Malaysia (tangga ke-10), serta di Semenanjung (tangga ke-8)
  • Penduduk: ketiga terkecil (tangga ke-12) di Malaysia, serta di Semenanjung (tangga ke-10)
  • Kepadatan penduduk: ke-8 terbesar di Malaysia, serta di Semenanjung.
Ibu negerinya Seremban. Bandar Di-Raja ialah Seri Menanti di dalam daerah Kuala Pilah. Bandar-bandar lain yang utama ialah Port Dickson dan Nilai.

Negeri Sembilan terdiri daripada 9 luak iaitu :-
Selain Seremban, bandar-bandar utama yang lain di Negeri Sembilan ialah Seri Menanti, Gemas, Kuala Klawang, Lukut, Gemencheh dan Port Dickson.

Teratak Za'ba

teratak_zaba.jpg
SEJARAH PENUBUHAN
Hasrat untuk menubuhkan memorial khas untuk Pendeta Za'ba telah lama berada dalam pemikiran Pengerusi Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS), Dato' Seri Utama Tan Sri A. Samad Idris. Bagaimanapun dalam kesibukan waktu, idea itu tertinggal begitu sahaja tetapi dibangkitkan semula pada tahun 1995 sempena satu abad kelahiran Za'ba. Hasrat murni itu disampaikan kepada Y.A.B. Menteri Besar, Dato' Seri Utama Tan Sri Haji Mohd. Isa bin Dato' Haji Abdul Samad dan 'gayung dihulur' disambut baik oleh pucuk pimpinan negeri yang cukup dikenali kerana keprihatinannya terhadap sumbangan tokoh berjasa.
Selain penglibatan langsung Dato' Haji Lillah Haji Yassin (Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan), Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri; usaha ini turut mendapat sokongan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Maktab Melayu Kuala Kangsar, Dewan Bahasa dan Pustaka, Arkib Negara Malaysia, Jabatan Muzium dan Antikuiti serta Jabatan Kerja Raya yang dipertanggungjawabkan mengurus pembinaan bangunan yang diberi nama Teratak Za'ba ini.
Akhirnya Teratak Za'ba telah berjaya disiapkan dan telah dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato' Seri Utama Tan Sri Hj. Mohd Isa bin Dato' Hj. Abdul Samad pada 5 Februari 2001. Bermula pada tarikh itu Teratak Za'ba telah dibuka kepada orang ramai sebagai salah satu produk dan kawasan pelancongan yang berunsurkan pendidikan di Negeri Sembilan. Bahan utama bangunan ini diperbuat daripada Kayu Cengkal (penak) dan reka bentuknya masih bercirikan Rumah Tradisional Negeri Sembilan. Antara ciri-ciri pertukangan melayu di bangunan ini ialah Tupai-tupai, Tabir Layar, Kisi-kisi, Anjung Serambi, pelantar dan penyambungannya menggunakan tanggam dan pasak.
ALAMAT:-
Teratak Za'ba
Kg. Bukit Kerdas
Batu Kikir, Jempol
Tel/Fax : 06-498 5193
 

lawatan.jpg
 
 
(Sumber diperolehi daripada
 www.ns.gov.my/jabatan/muzium)

Muzium Diraja Seri Menanti


Destasi ini terletak di Kuala Pilah. Anda harus teruskan perjalanan anda ke Kuala Pilah yang mengambil masa kira-kira 40 minit memandu. Muzium yang ditempatkan di Istana Lama Seri Menanti ini mesti dilawati kerana ia adalah istana unik yang diperbuat daripada kayu tanpa menggunakan paku oleh dua tukang Melayu yang bernama Kahar dan Taib.

Istana ini mempunyai 99 batang tiang termasuk empat batang tiang seri yang panjangnya 67 kaki. Keempat-empat tiang ini telah diambil dari Bukit Pergai, Jelebu. Kayu-kayu lain diambil dari Bukit Tinggi iaitu dari jenis kayu penak. Istana ini merupakan mercu tanda bukan sahaja kerana kehalusan kerja pembuatannya tetapi juga kerana nilai sejarahnya. Siap dibina pada tahun 1908, ia menjadi tempat bersemayam Yamtuan Besar Negeri Sembilan hingga awal 30-an.  




Istana ini telah digunakan untuk upacara mengadap yang diadakan tiga tahun sekali. Pada tahun 1926, Pesuruhjaya Tinggi, Sir Lawrence Gullmard telah turut hadir dalam upacara tersebut. Pernah digunakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan untuk dijadikan Sekolah Menengah Agama Tinggi pada tahun 1959 sehingga tahun 1964. Kemudian istana ini dibiarkan kosong tanpa penghuni sehingga tahun 1992. Pada 14 Julai 1992, istana ini telah dirasmikan sebagai Muzium Diraja oleh DYMM Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.




Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti mempamerkan koleksi-koleksi keluarga Diraja. Setiap ruang telah diisi tanpa mengubah bentuk asal istana bagi menerangkan fungsi ruang-ruang tersebut.

Untuk keterangan lanjut tentang tempat-tempat menarik di Negeri Sembilan anda boleh menghubungi Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Sembilan di talian 06-7659870.

(sumber diperolehi daripada www.gua.com.my)

Komplek Kraf Negeri Sembilan


Terletak di Jalan Datuk Abdul Kadir, pusat kraftangan ini menempatkan pelbagai hasil  kraftangan dari seluruh Negeri Sembilan. Ia dibina bagi memelihara kekayaan budaya dan warisan masyarakat Negeri Sembilan. Jika anda ingin mendapatkan cenderahati untuk di bawa pulang, hasil kraftangan yang dipamerkan di sini turut dijual kepada yang berminat.

Pembukaan cawangan keenam Karyaneka Kraf Boutique di kompleks tersebut turut menyumbang kepada kepelbagaian pilihan kraf Malaysia untuk jualan. Antara produk yang terdapat di komplek ini ialah koleksi batik, pelbagai produk rotan, kraf kayu, barangan seramik dan barangan kristal. Semua produk ini di sini dijual pada harga yang berpatutan dan kebanyakan kraftangan di sini dibuat di pusat inkubator dan latihan usahawan kraftangan Kuala Pilah.

Komplek Kraf Negeri Sembilan dibuka pada setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang.

Alamat:
Perbadanan Kemajuan Kraftangan,
Jln Dato Hamzah,
70000 Seremban,
Negeri Sembilan


(Sumber diperoleh daripada www.gua.com.my )



Muzium Negeri Taman Seni Budaya


Muzium Negeri ini boleh dijadikan perhentian pertama anda sebaik sahaja tiba di Seremban. Tidak sukar mencari muzium ini kerana ia merupakan sebuah bangunan yang menonjolkan ciri-ciri Minangkabau. Bumbungnya kelihatan seperti tanduk kerbau. Bangunan muzium yang dikenali sebagai Teratak Perpatih ini terletak di Jalan Sungai Ujong. Dengan mengunjungi muzium ini, anda akan lebih jelas tentang corak pemerintahan Beraja di Negeri Sembilan. Ia unik kerana satu-satunya negeri yang mengamalkan Adat Perpatih. Antara tarikan utama muzium ini ialah Galeri Setem dan Filateli, Galeri Monumen dan Tapak Tanah Bersejarah Negeri Sembilan, Rumah Contoh Negeri Sembilan dan Pameran Pra-Sejarah.  




Tidak jauh daripada bangunan muzium ini terletak Istana Ampang Tinggi yang dahulunya merupakan istana yang digunakan oleh Tunku Cindai, anakanda kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-5, iaitu Yamtuan Ulin. Jangan lepaskan peluang menjenguk istana ini kerana ia cukup unik dan mempunyai ciri-ciri binaan Minangkabau. Selain itu, istana kayu ini juga terdiri daripada beberapa panel berukir halus dan sepasang pintu gelengsar berat yang tidak boleh ditemui di sebarang tempat di Semenanjung Malaysia pada masa ini.



Selain boleh dikunjungi, istana lama ini juga boleh dijadikan tempat untuk jamuan makan. Pengunjung yang datang secara berkumpulan boleh meminta pihak muzium menyediakan jamuan makan di istana ini dengan menghidangkan masakan tradisi Negeri Sembilan seperti Masak Lomak Cili Api dan Gulai Tempoyak. Bagaimanapun, jamuan seperti ini hanya boleh diadakan jika ia dibincang lebih awal. 

 

Hubungi:
Lembaga Muzium Negeri Sembilan
Jalan Sungai Ujong
70200 Seremban
No Tel :
06-7631149
06-7643230
(sumber diperoleh gua.com.my)

Port Dickson


Port Dickson, atau PD merupakan sebuah bandar pantai dan daerah di Negeri Sembilan. Maksudnya Port Dickson terletak di tepi pinggir laut, berperanan sebagai pelabuhan untuk import dan eksport minyak, bijih timah, arang dan lain-lain keperluan.

Ia ialah kawasan yang kedua terkecil di Negeri Sembilan. Port Dickson menawarkan pantai yang tidak terlalu jauh dari bandaraya untuk penduduk tempatannya relaks.

Ia terletak 32 km dari Seremban dan 60 km dari Kuala Lumpur. Dengan adanya Lebuh Raya Seremban - Port Dickson, warga Kuala Lumpur lebih mudah datang ke pantai Teluk Kemang.

Port Dickson juga merupakan tempat untuk berkelah, berenang dan sebagainya. Tidak jauh dari Port Dickson juga terdapat pantai seperti Teluk Kemang, Blue Lagoon dan Cape Rachado.